Friday 28 February 2014

Surah Al - Kahfi dan Manfaatnya ♥

Assalamualaikum ,

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari .

Dengan itu , mengikut tajuk di atas , ingin saya kongsikan beberapa ilmu , biar ilmu itu sedikit , yang penting kita ambil manfaat . 

Semoga Allah sentiasa memberi kita kesempatan untuk membaca surah ini pada setiap Jumaat ya.
 In Shaa Allah 



Nama Surah :Al-Kahfi, maksudnya “gua”. Menceritakan peristiwa ashhabul kahfi (penghuni gua).
Jumlah Ayat : 110 ayat 


Memetik satu hadith :

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan diterangi Nuur baginya di antara dua Jumaat.
Dikeluarkan dari Kitab Sunan As-Saghir, Baihaaqi dalam bab Kelebihan Hari Jumaat.

Semoga kita dapat mempraktikkan sunnah ini dalam hidup kita. Kalaupun tak mampu satu surah, separuh pun tak mengapa. Paling tidak, satu ayat.

 Allah tak akan mensia-siakan amalan baik setiap hambanya, InsyaAllah..

P/S: Pengisian entri kali ini ada kelainan serba sedikit di mana entri ini adalah sumbangan dari blog seorang sahabat --------- >   http://khaifaiz.blogspot.com/2011/07/surah-al-kahfi-dan-manfaatnya.html#axzz2uc0mptBs 
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi menyumbangkan entri untuk dititipkan dalam blog ini... Semoga ianya memberikan manfaat buat kita semua....


Baca penulisan asal di: !! Khaifaiz !!: Surah Al-Kahfi dan manfaatnya http://khaifaiz.blogspot.com/2011/07/surah-al-kahfi-dan-manfaatnya.html#ixzz2uc22F07P